Monday 19 December 2011

WANITA DARI KACAMATA LELAKI

Seorng lelaki balik rumah…dia jadi hairan giler halaman rumah berselerak,surat di peti pos tak berambil, anak-anak tgh main korek-korek tanah kotor,baju compang-camping,penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat,tak bermandi…masuk ke pintu rumah lelaki itu terkejut…ruang tamu teruk berselerak…lelaki itu melaung nama isterinya…sepi tiada jawapan,masuk ke dapur sinki penuh dengan pinggan mangkuk yg tidak berbasuh,periuk tidak bercuci…mencari apa yg boleh dimakan tetapi tiada makanan yg dimasak…masuk ke bilik air,baju masih belum berbasuh apatah lagi berendam…lelaki itu cemas mencari isterinya dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.

“awak sakit ke?”..tanya lelaki itu..”tak lah”jawab isterinya ringkas “kenapa teruk sangat rumah kita hari ni”Tanya si suami sambil meletakkan tangan di dahi isterinya,kot –kot isterinya demam…balas isterinya “wahai suamiku,semalam semasa kita bertengkar,abang mengatakan yg saya ni hanyalah seorang suri rumah,duduk di rumah..tidak sepenat diri abang yg duduk di pejabat..dan abang sering menanyakan apa kerja yg saya lakukan di rumah yg menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang…

“NAH,HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI”

To share…dari ilham seorang  lelaki…

“wanita adalah insan istimewa,biarkan mereka terus membebel,merengek atau mengilai seperti Pontianak. Seburuk-buruk perangai wanita,ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan…

No comments:

Post a Comment