Wednesday 28 November 2012

Oh Exam!!!

Assalamualaikum...erm..kali ni rasa stress sngt sbb exam makin dekat.. moga2 soalan yg keluar, Nadia dpt jawab and idea tu de jek...hanya Allah je yg mampu tolong kan...

 Baru amik exam kat dunia dah takut, cuak, perasaan bercampur baur...sumenya adelah... Agak2 kalo exam kat akhirat lepas x??? kat padang masyar nanti semua umat manusia akan berkumpul..time tu nak adakan pengadilan kat umat manusia yg idup kat dunia..nk timbang amalan baik & buruk...erm,, rasanya bley diibaratkan mcm kita nk tunggu result exam keluar la..

semua amalan yg kita lakukan kat dunia ni....akan ditimbang dia akhirat kelak..sama jugak mcm amik exam,, kalo nak dpt result bagus of course la kena struggle study tu...kalo nk masuk syurga,,,kena struggle dlm melakukan ibadah and buat benda yg baik....kalo nk masuk neraka??? huhu...tanya diri,, tp rasanye x de sape yg sanggup nk ke neraka kan???? so...berusahalah!!! Biar susah kat dunia..sebab syurga disediakan untuk org yg bersusah payah untuk Allah...





p/s: 3 Dec    Taxation
      4 Dec    Finance
      12 Dec  Costing
doakan Nadia....harap soalan dipermudahkan..Insya-Allah!!! 


Don't judge


1 - Seorang lelaki ditemui mati dipijak ketika waktu haji,
Pemuda A : memang sah2 lelaki tu masuk syurga
Gadis A : syurgalah tempatnya

2 - Seorang pemuda mati 2/3 malam didalam masjid, bilal temui jasadnya ketika waktu subuh.
Pemuda A : syurga jua tempat pemuda tu,
Gadis A : tak dinafikan syurga tempat dia.

3 - Seorang lelaki mati didepan kedai arak , berlaku pendarahan teruk di kepala keran dihentak botol arak.
Pemuda A: penghuni neraka memang macam tu.
Gadis A: ahli neraka la jawabnya.

_____________________________________________

**cerita sebenar**

1- lelaki yang dipijak mati ketika menunaikan haji itu sebenarnya ialah ketua penyeluk saku, orang ramai memijak dia kerana mereka mendapati banyak dompet berada dalam pakaian ihramnya,.

2- Pemuda yang mati didalam masjid itu mati,kerana setelah disoal siasat, pemuda itu cuba mencuri duit tabung masjid, dia jatuh tergelincir ketika memanjat bumbung masjid.

3- lelaki itu mati sebab kebetulan dia lalu disitu, dia nampak sekumpulan pemabuk sedang cuba ingin merogol seorang wanita, dia ingin menolong perempuan itu, setelah puas bergelut, dia dipukul dengan kuat dikepala dengan botol arak sehingga mati .

Okayyy !

Natijahnya, sekarang ni, ramai orang suka menghukum seseorang tu, dengan sewenangya mereka meletakkan seseorang dalam keadan yang mereka suka, Ingat ! kita bukan ALLAH SWT untuk menghukum dan menilai sesiapa..

(Surah An Nahl Ayat 90) Ertinya:
"Sesungguhnya ALLAH SWT menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberikan bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu ( dengan suruhan dan larangannya ini ), supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya."

(Surah Al Maidah Ayat 42) Ertinya:
"Dan jika engkau nenghukum, maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya ALLAH SWT mengasihi orang-orang yang berlaku adil."

p/s: jgn sesuka hati judge org kalo x tau cerita yg sebenar...